Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headlines

  
  
  
9/11/2025 12:42 PM

MUARA, Rabu, 10 September 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam yang melibatkan seramai 150 orang termasuk pelajar, pengawas dan ibu bapa.

Publish Date: 9/10/2025
Sort order:
  
9/8/2025 2:38 PM

SURAU AL-HUDA, ISNIN, 08 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Bulan di Surau Al-Huda pada 08 September 2025, jam 0212H, waktu berlakunya Gerhana Bulan Penuh.

Publish Date: 9/8/2025
Sort order:
  
9/8/2025 9:31 AM

BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU, 06 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai perhimpunan dan perarakan Maulud Nabi peringkat kebangsaan bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Publish Date: 9/6/2025
Sort order:
  
9/9/2025 9:36 PM

MUARA, JUMAAT, 05 SEPTEMBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima ketibaan kapal Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) KRI SEMARANG dan KRI BIMA SUCI dalam satu kunjungan muhibah ke Negara Brunei Darussalam bermula pada Jumaat, 05 September 2025 sehingga Selasa, 09 September 2025.

Publish Date: 9/5/2025
Sort order:
  
9/5/2025 4:43 PM

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2025 – Majlis Gema Marhaban sempena memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam bagi peringkat Kementerian Pertahanan telah diadakan di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara pada malam ini, bersempena malam ke-12 Dikir Maulud yang jatuh pada 12 Rabiulawal.


Publish Date: 9/4/2025
Sort order:
  
9/5/2025 6:48 PM

PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, MUARA – Sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) minggu ini telah diteruskan dengan penganjuran Ceramah Motivasi bertajuk “Menghargai Legasi, Berbakti Dengan Jasa, Memperkasa Wira, Bersedia Mendepani Era Baharu.” Majlis tersebut dilaksanakan secara berperingkat mengikut peringkat yang terdiri daripada  Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan TLDB.

Publish Date: 9/4/2025
Sort order:
  
9/8/2025 9:13 AM

MUARA, BRUNEI DARUSSALAM, 4 SEPTEMBER 2025 – Pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menyertai Latihan Undang-Undang Laut ANCORS Kali Kelima yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam dari 1 hingga 4 September 2025.





Publish Date: 9/4/2025
Sort order:
  
9/5/2025 6:23 PM

LUMUT & BERAKAS, 1 dan 3 SEPTEMBER 2025 – Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengunjungi Surau Ar-Rahmah, Batalion Ke-3 di Perkhemahan Lumut pada 1 September, dan Surau Al-Fa’izun, Batalion Ke-1 di Berakas Garison pada 3 September 2025. Kunjungan ini bersempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kesyukuran dan kecintaan kepada Baginda serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.​


Publish Date: 9/3/2025
Sort order:
  
9/3/2025 7:43 AM

​BERAKAS GARISON, SELASA, 02 SEPTEMBER 2025 – Majlis Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-64 tahun. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB, dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.

Publish Date: 9/2/2025
Sort order:
  
9/3/2025 9:10 AM

MUARA, ISNIN, 01 SEPTEMBER 2025 – KDB DARULAMAN telah berjaya menamatkan pelayaran selama 22 hari yang merangkumi penyertaan dalam ASEAN Fleet Review 2025 (AFR 25) dan ASEAN Multilateral Naval Exercise ke-3 (AMNEX 3/25) di Pulau Pinang, Malaysia, diikuti dengan Lawatan Diplomasi Pertahanan ke Cam Ranh, Republik Sosialis Vietnam, sebelum selamat kembali ke Pangkalan Tentera Laut Muara pada 01 September 2025.

Publish Date: 9/1/2025
Sort order:
  
9/1/2025 10:15 AM

MASJID KG KAPOK, SABTU 30 OGOS 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut mengunjungi Masjid Kampong Kapok, Muara untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda syukur dan kasih sayang kepada baginda, serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Publish Date: 8/30/2025
Sort order:
  
9/1/2025 10:25 AM

BERAKAS KEM, JUMAAT, 29 OGOS 2025 – Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Tali Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025, yang telah diadakan di Stadium Mini, Kem Batalion 1 Berakas. Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Tetamu Kehormat, Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), mewakili Pemerintah ABDB.

Publish Date: 8/29/2025
Sort order:
  
9/3/2025 7:51 AM

SINGAPURA, ISNIN–JUMAAT, 25–29 OGOS 2025 – Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah mengendalikan Program Senior Warrant Exchange Programme (SWEP) yang diadakan setiap tahun bersama Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). SWEP 2025 berlangsung selama lima (5) hari, bermula 25 Ogos hingga 29 Ogos 2025.

Publish Date: 8/29/2025
Sort order:
  
8/29/2025 9:25 AM

JALAN MUARA, RABU 27 OGOS 2025 - Takmir Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut mengunjungi Surau Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Teknikal Sultan Saiful Rijal untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda syukur dan kasih sayang kepada baginda, serta memohon keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Publish Date: 8/27/2025
Sort order:
  
8/30/2025 1:31 PM

JALAN MUARA, RABU 27 OGOS 2025 - Lawatan dari Sekolah Stella, Sungai Akar dan Sekolah Stella, Taman Manggis ke Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah diadakan selama tiga hari berturut-turut, bermula dari 26 hingga 28 Ogos 2025. Sepanjang lawatan ini, seramai 140 pelajar dan 20 guru telah hadir.

Publish Date: 8/27/2025
Sort order:
  
8/29/2025 6:09 PM

MUARA, SELASA, 26 OGOS 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Media Day 2025 Sesi Kedua yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam (UPA), Kementerian Pertahanan, bertempat di Mes PTB Kanan, TLDB.

Publish Date: 8/26/2025
Sort order:
  
8/27/2025 2:41 PM

MUARA, Ahad, 24 Ogos 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Malam Zikir Maulud sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1447H/2025M bertempat di Surau Al-Huda, TLDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.

Publish Date: 8/24/2025
Sort order:
  
8/27/2025 2:57 PM

PULAU PINANG, MALAYSIA, Jumaat, 23 August 2025 – Mesyuarat ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) ke-19, yang berlangsung dari 18 hingga 22 Ogos 2025 di Pulau Pinang, Malaysia, telah dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dihadiri oleh para Panglima Tentera Taut dan wakil-wakil dari semua negara anggota ASEAN serta Timor Leste. Selaras dengan ANCM ke-19, TLDM turut menganjurkan Latihan ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX), Acara Kawalan Angkatan Laut ASEAN (AFR), Naval Engineering Conference dan ASEAN Navies City Parade.

Publish Date: 8/23/2025
Sort order:
  
8/29/2025 6:18 PM

PULAU PINANG, MALAYSIA – KDB DARULAMAN dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menyertai ASEAN Multilateral Naval Exercise kali ketiga 2025 (AMNEX 3/25) yang dianjurkan bersama ASEAN Fleet Review 2025 (AFR 25) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang, Malaysia, bermula 15 hingga 21 Ogos 2025.

Publish Date: 8/21/2025
Sort order:
  
8/23/2025 2:12 PM

MARABURONG, RABU, 20 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan lawatan yang penuh berinformasi dan membuka minda ke Penjara Maraburong, Jabatan Penjara.

Publish Date: 8/20/2025
Sort order:
  
8/21/2025 9:03 AM

JAKARTA, Indonesia — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) berbesar hati menyertai ASEAN Plus Cadet Sail 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 17 Ogos 2025. Kapal layar latihan milik Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL), KRI BIMASUCI, telah memulakan pelayaran selama dua minggu dari Jakarta ke Padang, Indonesia dan berakhir di Pulau Pinang, Malaysia, membawa semangat kerjasama serantau dengan slogan “Friendship Over The Ocean”.

Publish Date: 8/17/2025
Sort order:
  
8/21/2025 9:08 AM

BRUNEI-MUARA, Ahad, 17 Ogos 2025 - Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Laut Diraja Brunei (BAKTI) telah mengadakan kunjungan ke atas dua orang ahli yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menzahirkan penghargaan dalam kalangan warga Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Suryanti binti Haji Mohd Noor, isteri kepada Timbalan Pemerintah TLDB, bersama ahli-ahli BAKTI yang lain.

Publish Date: 8/17/2025
Sort order:
  
8/19/2025 10:21 AM

SERASA, KHAMIS, 14 OGOS 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan kempen kebersihan di Masjid Kampong Perpindahan Serasa sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan TLDB.​




Publish Date: 8/14/2025
Sort order:
  
8/14/2025 9:21 PM

UBD, Rabu, 13 OGOS 2025 –Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) meraikan pencapaian enam pegawai dari Kursus Maktab Turus Pengambilan 14/2024 yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Pertahanan dan Keselamatan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kelas 2025. Majlis konvokesyen tersebut telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pro-Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), yang berkenan mengurniakan sijil kepada para graduan.

Publish Date: 8/13/2025
Sort order:
  
8/13/2025 9:38 PM

MUARA, SELASA, 12 OGOS 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada peserta program yang dikendalikan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang merangkumi 90 pelajar sekolah dan 30 orang pengawas.

Publish Date: 8/12/2025
Sort order:
  
8/12/2025 9:28 AM

MUARA, ISNIN, 11 OGOS 2025 - KDB DARULAMAN telah memulakan pelaran untuk menyertai Latihan ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX 3/2025) yang ke-3 selama 23 hari yang turut merangkumi ASEAN Fleet Review (AFR), yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Malaysia dan seterusnya akan meneruskan pelayaran ke Cam Ranh, Vietnam, bagi lawatan diplomasi pertahanan.

Publish Date: 8/11/2025
Sort order:
  
8/11/2025 10:43 AM

MUARA, JUMAAT, 08 OGOS 2025 – Majlis penutup Kursus Officer Under Training (OUTC) 2025 telah berlangsung di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara bagi 18 pegawai muda Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang terdiri daripada Pengambilan ke-22 dan ke-23.

Publish Date: 8/8/2025
Sort order:
  
8/11/2025 2:51 PM

BERAKAS GARISON, JUMAAT, 8 OGOS 2025 - Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 108 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan pangkat pada hari ini, termasuk 12 pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) di mana 6 pegawai dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander, TLDB dan 6 pegawai lagi ke pangkat Leftenan, TLDB.

Publish Date: 8/8/2025
Sort order:
  
8/11/2025 3:24 PM

BOLKIAH GARISON, JUMAAT, 8 OGOS 2025 - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kepten Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, TLDB, diperkenankan untuk dinaikkan pangkat dari Kepten, TLDB ke Laksamana Pertama. 

Publish Date: 8/8/2025
Sort order:
  
8/7/2025 10:20 AM

BANDAR SERI BEGAWAN, RABU, 6 OGOS 2025 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengungkayahkan fasa pertama Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan di empat lokasi iaitu Tanah Perkuburan Serai Pimping, Tanah Perkuburan Kampong Kianggeh, Tanah Perkuburan Kampong Tamoi, dan Tanah Perkuburan Kampong Manggis. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program jangkauan masyarakat.

Publish Date: 8/6/2025
Sort order:
1 - 30Next